Kelas Asas Website BSH

13 Ogos 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 12 Ogos 2020, Pusat Internet PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan kelas asas website. Kelas ini diadakan diatas permintaan peserta sendiri. Peserta telah datang sendiri ke pusat internet untuk mendapatkan perkhidmatan untuk meminta staf pusat internet mengajarkan beliau cara-cara mengisi borang secara atas talian di laman sesawang Bantuan Sara Hidup (BSH). Kelas ini turut memberi pendedahan kepada peserta untuk mencipta kata laluan yang selamat disamping mengisi maklumat yang diperlukan. Peserta turut diminta untuk mencatat maklumat akaun seperti kata laluan keselamatan serta lima soalan keselamatan sekiranya pada masa akan datang terlupa kata laluan yang telah dicipta tadi.

Selain itu, peserta turut diajarkan cara untuk memuat turun borang-borang atau dokumen yang diperlukan bagi memohon bantuan kewangan yang diwar-warkan kerajaan baru-baru ini. Akhir sekali peserta diajarkan cara mencetak dokumen yang telah diisi sebagai simpanan rekod beliau serta mencetak senarai borang yang diperlukan bagi memohon bantuan kewangan tersebut. Kelas berjalan dengan baik iaitu berlangsung selama dua (2) jam, bermula pada jam 8.30 pagi hingga 10:30 pagi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali